Budaya Popular

2839 Words Apr 16th, 2010 12 Pages
Budaya popular adalah selalunya sebahagian dari hubungan kuasa iaitu ianya mempunyai elemen pergelutan yang berlarutan antara dominasi dan subordinasi antara kuasa dan pelbagai bentuk penentangan[resistance] terhadapnya. Bincang dakwaan ini dengan memberi contoh.

“I want to tell you about some of the difficulties I have with the term ‘popular’.
I have almost as many problems with ‘popular’ as I do with ‘culture’. When you put the two terms together the difficulties can be pretty horrendous.”

Stuart Hall, ‘Notes on Deconstructing “The Popular’’ ’ (1981: 227)

Budaya popular bermaksud sesuatu yang disukai ramai, ‘inferior kind of work’, sesuatu yang sengaja dikeluarkan untuk mandapat restu dari masyarakat dan sesuatu budaya yang dibuat
…show more content…
Golongan elit berteraskan kepada konsep jika ia tidak membawa keuntungan maka ia tidak akan dikeluarkan. “Mass culture is imposed from above. It is fabricated by technicians hired by businessmen; its audience are passive consumers, their participation limited to the choice between buying and not buying.”
(MacDonald 1957:60)

Hujah di atas menyatakan bahawa budaya popular ini berasal dari pihak atasan keatas masyarakat yang bersifat pasif. Masyarakat yang pasif ini dibekalkan dengan ‘standardised, formulatic, repetitive and superficial culture’ yang menyebabkan wujudnya budaya yang kurang stimulasi intelektual dan menyebabkan rakyat lebih berpihak kepada alam fantasi dan ‘escapism’. Maka, masyarakat hanya perlu memilih sama ada untuk membeli atau tidak membeli produk budaya popular ini. Maka, wujud ‘pergelutan’ kuasa oleh pihak dominan untuk memastikan bahawa pihak bawahan bersifat pasif dan tidak memberontak terhadap apa yang diberikan kepada mereka oleh pihak atasan. Selain itu, menurut Marxist, hasil produk budaya hanyalah komoditi dalam pasaran kapitalis yang memberi keuntungan kepada pengeluarnya (Xiaowei Huang 2009:124). “It seems to Adorno and Horkheimer that ‘the experience of pleasure in mass culture is a false kind of pleasure, even part of the trick of manipulating the masses more effectively in order to lock them in the eternal

More about Budaya Popular

Open Document