Isu Kenaikan Harga Minyak Di Malaysia

4134 Words Dec 3rd, 2010 17 Pages
A. PENGENALAN : FAKTOR PERMINTAAN (POLISI KERAJAAN) MEMPENGARUHI KENAIKAN HARGA MINYAK DAN GAS

Harga minyak dah naik! Itulah luahan rasa kecewa seorang rakyat yang mewakili jutaan rakyat Malaysia yang lain. Kenaikan harga minyak dan gas bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia. Tanpa minyak kenderaan tidak boleh bergerak dan tanpa gas suri rumah dan peniaga tidak dapat memasak. Sektor industri juga turut menerima tempias apabila harga minyak naik. Kenaikan harga minyak memberi kesan terhadap peningkatan kepada kos pengangkutan seperti darat, udara dan air. Perkara ini secara langsung akan menyebabkan kos operasi meningkat (Unit Perancang Ekonomi et al., 2005). Kenaikan tersebut ternyata memberi kesan kepada pengguna.
…show more content…
BAHAGIAN 3
A. DAPATAN DAN CADANGAN
i. Kesan Penurunan kadar subsidi
Penurunan kadar subsidi telah menyebabkan kos yang disubsidi oleh kerajaan dahulu kini ditanggung oleh rakyat. Hal ini disebabkan oleh para pengusaha atau peniaga minyak tidak mahu menanggung kos subsidi tersebut. Maka, rakyat dan sektor industri di negara ini terpaksa menerima kesan akibat daripada keputusan kerajaan untuk menurunkan kadar subsidi minyak dan gas (Unit Perancang Ekonomi et al., 2005).

Kenaikan harga minyak dan gas akan memberi kesan terhadap kos sara hidup rakyat (Unit Perancang Ekonomi et al., 2005). Ini kerana kenaikan harga minyak dan gas akan membawa masalah lain pula seperti kenaikan harga barang, harga perkhidmatan dan sebagainya (Azrina, 2008). Lantaran itu, kos sara hidup rakyat akan meningkat apabila semua barangan mengalami inflasi. Sekiranya keadaan ini berlarutan, akan menyebabkan rakyat memberontak dan berdemonstrasi untuk membantah kenaikan harga minyak dan gas (Unit Perancang Ekonomi et al., 2005). Sektor industri juga turut menerima tempias apabila kerajaan menurunkan kadar pemberian subsidi minyak dan gas. Kenaikan harga minyak memberi kesan terhadap peningkatan kepada kos pengangkutan seperti darat, udara dan air. Perkara ini secara langsung akan menyebabkan kos operasi meningkat. Peniaga yang menghadapi peningkatan kos operasi akan terus menaikkan harga barang-barang kerana tidak mahu terbeban dengan peningkatan kos tersebut (Unit