Masyarakat Cina Di Malaysia

6577 Words Mar 2nd, 2011 27 Pages
MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA
PENGENALAN
Masyarakat Cina di Malaysia merujuk kepada sekelompok manusia iaitu orang Cina yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi di negara kita. Mereka biasanya berasal dari luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.
Pendatang Cina awal telah membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk adat Melayu, berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Pendatang-pendatang seterusnya (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina pula dikenali sebagai Sinkheh (新客) dan
…show more content…
Sebagai pemerintah yang bukan bersifat kecinaan tulen, tentu kerajaan Manchu kurang prihatin terhadap masalah orang Cina. Bahkan mereka dianggap menindas orang Cina. Disebabkan ada faktor penolak dari negara China, ramai yang mengambil keputusan berhijrah terutama ke Asia Tenggara.
Peluang-peluang ekonomi di Nanyang pula menjadi faktor tarikan penting kerana kebanyakan penghijrah terdiri daripada penghijrah ekonomi. Pemerintahan Inggeris yang mengamalkan sistem ekonomi bebas telah membuka peluang perkembangan ekonomi. Buruh-buruh yang ramai diperlukan untuk mempercepatkan pertumbuhan.
Langkah-langkah diambil oleh Inggeris untuk mempercepatkan kemasukan buruh dengan memperkenalkan undang-undang dan peraturan imigrasi di Tanah Melayu. Dasar penghijrahan British liberal dan dapat menjamin keselamatan dan peluang-peluang ekonomi yang lebih baik. Di negeri-negeri Selat, perdagangan menjadi pendorong penting penghijrah orang Cina. Di negeri-negeri Melayu pula, perlombongan bijih timah menjadi faktor penarik yang penting. Ini berlaku apabila endapan bijih timah yang banyak ditemui. Pembesar-pembesar Melayu tidak mahu bergantung dengan orang Melayu yang melombong secara sambilan. Pemerintah-pemerintah Melayu mendorong masuk pelombong Cina dan berpuas hati dengan mengutip komisen serta cukai.
Terdapat juga kemasukan orang Cina kerana pertanian tetapi bilangannya tidak seramai pelombong. Kumpulan pertanian terlibat dengan