Pengenalan Jabatan Pertahanan Awam

3037 Words Apr 18th, 2011 13 Pages
PENGENALAN JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

PENGENALAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
PENUBUHAN
Peperangan dunia telah memberi kesan kepada rakyat negara yang terlibat termasuklah negara kita, Malaysia. Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 "Civil Defence Ordinance" telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi
…show more content…
Logo ini digunakan sebagai 'Crest' pada pakaian seragam, kenderaan, pejabat, tempat latihan dan sebagainya

* Huruf PA membawa makna Pertahanan Awam diletakkan bersama dengan bentuk segitiga yang merupakan lambang Pertahanan Awam Antarabangsa. * Warna Korporat dimasukkan kedalam segitiga iaitu oren, kuning dan hijau. * Ianya digunakan dalam semua penerbitan, peralatan, papan tanda dan sebagainya yang berkaitan dengan aktiviti Pertahanan Awam.

WARNA KORPORAT * Oren * Membawa maksud siap sedia dan waspada * Kuning * Membawa erti kesejahteraan rakyat * Hijau * Memberi erti kemakmuran sejagat yang terpelihara
SEJARAH
PRA MERDEKA | * 1939 - Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua.

* 1951 - The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.

* 1952 - Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.

PASCA MERDEKA | * 1957 - The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam1951 ( Akta 221
Open Document