Tabiat Memakan Makanan Segera Di Kalangan Remaja

10754 Words Mar 26th, 2011 44 Pages
BAB 1
LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Pengenalan

Dalam alaf baru ini, makanan segera semakin mendapat sambutan dalam masyarakat kita. Majoriti dalam masyarakat kita telah menjadikan makanan tersebut sebagai penyumbang utama kepada keperluan pemakanan seharian, maka premis-premis makanan segera bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Trend mengambil makanan segera telah menjadi gaya hidup dalam arus pemodenan yang diamalkan oleh masyarakat kita terutamanya oleh golongan pelajar. Sekiranya tidak memakan makanan segera, mereka akan dianggap ketinggalan zaman. Pengambilan makanan segera oleh pelajar boleh dipengaruhi oleh pelbagai aspek, baik oleh faktor dalaman atau faktor luaran.

Fenomena ini menunjukkan bahawa masyarakat terutamanya ibu
…show more content…
Hakikat ini membuktikan bahawa faktor dalaman ini amat besar pengaruh dan wujud tarikan utama yang mendorong mereka mengambil makanan segera.

Selain itu, faktor luaran juga turut terlibat iaitu pengaruh rakan sebaya, tarikan promosi dan iklan serta perkhidmatan dan kemudahan restoran makanan segera. Kesemua faktor ini merupakan pendorong kepada amalan pemakanan makanan segera dalam kalangan pelajar.

Sehubungan dengan itu, kajian ini akan melihat sejauh mana faktor dalaman dan luaran mempengaruhi amalan pemakanan makanan segera dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Melaka.

1.3 Tujuan Kajian

Amalan pemakanan generasi muda, terutama para pelajar kini semakin tidak sihat. Mereka lebih gemar memakan makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, pizza dan hotdog yang telah diketahui sebagai makanan yang tidak seimbang dan tidak bagus untuk kesihatan kerana kandungan lemak, garam, perasa dan kolesterol yang tinggi. Namun makanan segera semakin popular dalam kalangan remaja. Hal ini terbukti dengan pertambahan premis-premis makanan segera pada setiap tahun.

Pelbagai faktor dalaman yang berkaitan dengan pelajar itu sendiri yang menjadi pendorong kepada pelajar itu untuk mengambil makanan segera sebagai makanan seharian mereka.

Begitu juga faktor luaran iaitu faktor tarikan daripada premis-premis makanan segera itu yang berjaya