Tingkahlaku Kanak-Kanak Prasekolah

4656 Words Sep 8th, 2009 19 Pages
TINGKAH LAKU PROSOSIAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH: MENSASARKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH INTERPERSONAL
Profesor Madya Anna Christina Abdullah, Ph.D Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia

Abstrak
Setiap hari, akan berlaku masalah interpersonal di kalangan kanak-kanak prasekolah, sama ada, masalah antara seorang kanak-kanak dengan rakan sebayanya, atau kanak-kanak dengan gurunya, ataupun dengan orang dewasa lain. Terdapat kanak-kanak yang dapat tangani masalah sedemikian dengan jayanya, tetapi ada juga kanak-kanak yang kurang berkeupayaan untuk menangani masalahmasalah yang timbul. Kajian sedia ada menunjukkan yang kanak-kanak semuda 4 tahun sudah dapat memahami yang tingkah laku mereka ada punca-puncanya, bahawa setiap
…show more content…
Kadang-kadang masalah ini hanya dialami oleh kanak-kanak berkenaan dan tidak semestinya ditanggap atau disedari oleh pihak kedua sebagai sesuatu masalah. Apa yang penting ialah ‘masalah’ tersebut memang nyata (‘real’) dan mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak kerana menimbulkan gangguan emosi kepada dirinya, dan oleh demikian, perlu diselesaikan. Kalau tidak, kanakkanak tersebut akan terus mengalami gangguan emosi dan juga terdapat kesan kepada pihak kedua yang terbabit. Dalam kertas ini ‘kemahiran menyelesaikan masalah sosial’ (KMMS) juga digelar sebagai ‘kemahiran menyelesaikan masalah interpersonal’ (KMMI). Kedua-dua istilah ini membawa maksud yang sama. Banyak tulisan dan kajian telah dibuat terhadap aspek ini dan ini disebabkan kemahiran ini didapati mempunyai signifikans dan implikasi terhadap perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Kebelakangan ini terdapat banyak laporan peristiwa yang membabitkan remaja dan juga kanak-kanak dalam kes salah laku. Kebanyakan salah laku ini boleh disifatkan sebagai fenomena yang berlaku apabila pesalah laku ini tidak mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Oleh demikian langkah yang dipilih oleh mereka merupakan satu cara untuk mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi, tetapi malangnya, langkah itu juga merupakan langkah yang bukan sebenarnya cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di antara keskes yang kita telah maklum ialah kes tikam oleh seorang pelajar sekolah