preview

LIBRARY RESEARCH REPLACEMENT CLASS 2 Write an essay and report more than 400 words about the

Better Essays

LIBRARY RESEARCH REPLACEMENT CLASS 2 Write an essay and report more than 400 words about the topic given. Abortion Instructions: 1. Paragraph (1 introduction, 5 contents and 1 conclusion). Content include: moral value or moral theory. 2. Appendix: picture, graf etc 3. Please submit your essay if not you’re consider ABSENT. Masalah pembuangan bayi dan pengguguran bayi merupakan jenayah dan masalah sosial yang semakin menghiasi dada akbar dan hangat diperkatakan. Masalah ini juga sering dipaparkan oleh media massa media cetak ataupun media elektronik. Hal ini menggemparkan masyarakat di Malaysia. Masalah ini boleh dihubungkaitkan dengan pegangan agama yang rapuh, keruntuhan akhlak dan keruntuhan institusi keluarga dalam …show more content…

Bagi langkah pertama untuk membendung masalah ini, pendidikan keluarga dan didikan agama harus diberikan penekanan bak kata pepatah, “ melentur aur biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memberikan didikan agama yang cukup kepada anak-anak mereka sejak kecil. Ajaran atau didikan agama yang telah bersebati dengan jiwa anak-anak mereka akan menjadi banteng kepada budaya songsang seperti pergaulan bebas dan hubungan luar nikah yang secara langsung membawa kepada masalah pembuangan bayi atau pengguguran bayi. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga perlu mengawasi tingkah laku serta gerak-geri anak-anak gadis mereka yang terutamanya yang baru meniti zaman keremajaan kerana golongaan ini mudah terpedaya dan terjebak dalam lembah kehinaan. Untuk memberikan perlindungan dan bantuan nasihat kepada gadis-gadis yang mengandung di luar nikah, badan-badan kebajikan seperti persatuan wanita harus ditubuhkan. Badan-badan kebajikan tersebuat harus membantu gadis-gadis yang terbabit untuk menangani masalah jiwa dan menghadapi masalah mereka dengan rasional. Jika boleh, badan-badan tersebut perlulah membantu gadis-gadis yang terlibat untuk mendapatkan keadilan dengan mendakwa lelaki yang bertanggungjawab sekali gus meminta mereka bagi memberikan nafkahy kepada anak yang tidah sah tarafnya.

Get Access